Sample Resume Jawatan Pensyarah


Sample Resume 


Sample Resume Jawatan Pensyarah | Antara faktor utama penyumbang kegagalan mendapat panggilan temuduga jawatan pensyarah adalah penulisan resume yang gagal memikat hati dan jatuh cinta dengan pandangan pertama pihak universiti. Setiap negeri di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah universiti dan ini tidak termasuk cawangan-cawangan Universiti (IPTA) di negeri lain. IPTS pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan. 


Jawatan Pensyarah

Sektor Pengajian Tinggi menunjukkan Malaysia melebarkan sayap melangkah masuk industri perkhidmatan. Ini adalah disebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pendidikan tinggi. Oleh itu, tawaran jawatan pensyarah terbuka untuk calon yang berkualiti, competent dan berdaya-saing. Berdasarkan angka yang ditunjukkan tidak mustahil jika resume kita tidak berkualiti dan gagal menonjolkan kelayakkan kita untuk berjaya dipanggil temuduga dan mengisi jawatan pensyarah.

Walaupun berkali-kali hantar tanpa henti pasti semuanya akan diam membisu kerana di peringkat saringan pertama resume sudah cukup tidak menyebabkan pihak universiti memanggil kita kerana kualiti resume yang dihantar tidak memenuhi kriteria dan keperluan jawatan pensyarah di universiti. 

Ramai orang menganggap mereka tahu dan pandai menulis resume. Mungkin sebab tahap pendidikan yang tinggi dan menulis resume adalah perkara yang mudah dan senang. Padahal, hakikatnya lebih 90% daripada graduan tidak tahu menulis resume khusus untuk jawatan pensyarah.

Jadi anda perlu menulis resume yang benar-benar power untuk memohon jawatan pensyarah. Untuk dapatkan sample resume jawatan pensyarah boleh baca disini. - Sample Resume Pensyarah