Memaparkan catatan dengan label Tips Resume. Papar semua catatan

Sample Resume 


Sample Resume Jawatan Pensyarah | Antara faktor utama penyumbang kegagalan mendapat panggilan temuduga jawatan pensyarah adalah penulisan resume yang gagal memikat hati dan jatuh cinta dengan pandangan pertama pihak universiti. Setiap negeri di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah universiti dan ini tidak termasuk cawangan-cawangan Universiti (IPTA) di negeri lain. IPTS pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan. 


Jawatan Pensyarah

Sektor Pengajian Tinggi menunjukkan Malaysia melebarkan sayap melangkah masuk industri perkhidmatan. Ini adalah disebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pendidikan tinggi. Oleh itu, tawaran jawatan pensyarah terbuka untuk calon yang berkualiti, competent dan berdaya-saing. Berdasarkan angka yang ditunjukkan tidak mustahil jika resume kita tidak berkualiti dan gagal menonjolkan kelayakkan kita untuk berjaya dipanggil temuduga dan mengisi jawatan pensyarah.

Walaupun berkali-kali hantar tanpa henti pasti semuanya akan diam membisu kerana di peringkat saringan pertama resume sudah cukup tidak menyebabkan pihak universiti memanggil kita kerana kualiti resume yang dihantar tidak memenuhi kriteria dan keperluan jawatan pensyarah di universiti. 

Ramai orang menganggap mereka tahu dan pandai menulis resume. Mungkin sebab tahap pendidikan yang tinggi dan menulis resume adalah perkara yang mudah dan senang. Padahal, hakikatnya lebih 90% daripada graduan tidak tahu menulis resume khusus untuk jawatan pensyarah.

Jadi anda perlu menulis resume yang benar-benar power untuk memohon jawatan pensyarah. Untuk dapatkan sample resume jawatan pensyarah boleh baca disini. - Sample Resume Pensyarah




 Resume
Tahukah anda bahawa ketika pertama kali menatap resume anda, seorang Pegawai Sumber Manusia hanya mengambil masa kurang daripada 1 minit untuk menelitinya. Kecuali ada suatu tarikan yang mendorongnya untuk terus membaca. Dan tahukah anda penulisan resume kerja tanpa perancangan akan menghasilkan resume yang sama seperti resume-resume yang lain. Jadi sekiranya tiada satu tarikan yang memikat hati Pegawai Sumber Manusia, beliau akan tolak tepi resume anda tanpa melihat isi kandungan. Malah apa yang lebih sadis lagi, mereka membuang atau memadam resume yang anda hasilkan saban hari tanpa rasa bersalah. 

Itulah hakikat dan realiti yang harus anda terima jika resume kerja anda tidak memenuhi citarasa mereka. Adakah resume seperti ini yang anda harapkan? Atau anda ingin mengetahui suatu tarikan tersebut? Mari kita lihat dahulu apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh seorang bakal pekerja dalam penulisan resume.

 

Kesalahan dalam penulisan resume 


Menulis Resume Tanpa Strategi Yang Betul
Dengan teknologi dan informasi yang mudah didapati, anda mungkin tiada masalah mencari sumber rujukan dalam penulisan resume. Selain itu, anda juga boleh membuat sedikit rujukan melalui keluarga dan rakan anda. Namun sebenarnya tanpa panduan dan strategi yang betul, tindakan anda adalah sia-sia atau mungkin juga dengan lambakan informasi berkaitan penulisan resume kerja di internet akan membuat diri anda overload dan akhirnya tidak tahu panduan mana yang perlu diikuti.  

Terlalu Banyak Kesalahan Ejaan
Masalah ini memberi gambaran yang sangat negatif terhadap diri anda daripada kaca mata majikan. Ini secara tidak langsung menggugat kredibiliti anda sehingga menutup peluang kerjaya anda. Mungkin hanya kerana satu kesalahan ejaan,resume kerja anda sudah berada di dalam tong sampah! Bak kata pepatah,”Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga.”  

Maklumat Yang Tidak Lengkap
Ramai di antara pemohon pekerjaan tidak meletakkan maklumat yang lengkap. Dalam kata yang lain, maklumat yang perlu majikan ketahui tiada dalam resume anda.
  
Tiada Gambar / Gambar Tidak Sesuai
Dalam penulisan resume, salah satu elemen yang wajib diletakkan adalah gambar anda. Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap anda.

Melipat Resume 
Perkara ini tidak seharusnya berlaku dimana anda melipat resume kerja dan hantar melalui sampul surat yang tidak sesuai. Walaupun hal ini nampak remeh namun ia adalah kesalahan-kesalahan yang tanpa kita sedari memberi gambaran negatif terhadap diri kita.

Untuk mendapatkan panduan menyediakan resume yang lengkap boleh baca disini - Panduan Lengkap Resume