Tips Lulus Temuduga Kerajaan

Tips Lulus Temuduga Kerajaan | Kerja kerajaan sememangnya menjadi pilihan utama setiap orang terutama pelajar yang baru lepas graduate. Bukan itu sahaja, orang yang sudah bekerja pun masih berimpikan untuk bekerja disektor kerajaan. Semua orang berkata, kerja kerajaan dapat menjamin masa depan. Itu betul.
Tips Lulus Temuduga Kerajaan

Kelebihan Kerja Kerajaan

Banyak kelebihan yang kita akan dapat dengan bekerja di sektor awam. Antara kelebihan yang anda dapat jika bekerja kerajaan adalah :-

* Kenaikan gaji tiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Elaun perumahan
 
Tetapi sebelum anda dapat bekerja kerajaan dan merasa semua kelebihan itu, satu perkara penting yang anda perlu tempuhi adalah temuduga. Dengar sahaja temuduga mesti ada yang sudah dapat merasai kesusahan dan ketakutan semasa ditemuduga. Bagi aku yang pernah menduduki temuduga kerajaan dan swasta, temuduga kerajaan sedikit sukar berbanding temuduga swasta. Jikalau swasta, suasana semasa temuduga itu lebih santai berbanding temuduga kerajaan yang agak strict.

Tentu ada diantara kita yang sudah berkali-kali temuduga kerajaan tetapi malangnya tidak dapat masuk ke sektor ini. Bukan senang untuk bekerja disektor kerajaan jika anda tidak tahu rahsianya.
Oleh itu, panduan untuk lulus temuduga kerajaan telah disediakan.  

Punca Gagal Temuduga Kerajaan

Mungkin ada tidak sedar telah melakukan beberapa perkara berikut ynag menyebabkan anda gagal dalam temuduga kerajaan

* 90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya.
* Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
* Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel.
* Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima.
* Terlebih confident merupakan salah satu faktor utama kegagalan calon yang telah menghadiri temuduga.

Berjuta permohonan telah diterima setiap tahun. Oleh itu, jangan ingat memasuki sektor awam ini mudah. Anda perlu mengahadapi persaingan yang sengit dalam temuduga kerajaan. Sebelum temuduga, anda perlulah membuat persedian yang cukup lengkap. Panduan ini dapat membantu anda dalam persediaan tersebut.

Klik sini untuk panduan itu. - Tips Lulus Temuduga Kerajaan